DAP, berhentilah serang rakyat, belajarlah menyelesai masalah.
Apabila Lim Guan Eng mahu orang ramai berhenti daripada sebar isu perkauman tentang Allahyarham Adib, ada banyak benda yang tidak munasabah (https://www.malaysiakini.com/news/493664)
Pertama: Rakyat mahu keadilan buat Allahyarham dan gesa pembunuh dihukum, tetapi kenapa tiba-tiba Guan Eng menyusupkan istilah 'perkauman' sedangkan ketika ini rakyat sedang bercakap isu jenayah, bukan perkauman?
Kedua: Yang cabul mulut menyalakan api perkauman ialah DAP sendiri apabila Exco Selangor, V Ganabatirau menuduh umat Islam punca berlaku rusuhan di kuil (https://www.ismaweb.net/2018/11/26/exco-dap-selangor-tuduh-umat-islam-serang-kuil-subang-jaya/)
Ketiga: Guan Eng mahu keadilan ditegakkan dengan mencari dalang pembunuhan. Yang meremehkan kerja polis ialah Menteri Perpaduan sendiri, P Waytha Moorthy apabila beliau secara terbuka menyalahkan pihak polis kerana gagal mencegah rusuhan (https://www.airtimes.my/2018/11/28/isu-kuil-waytha-sebenarnya-bertanggungjawab-raggie-jessy/)
Apabila pada awalnya pihak polis mengatakan insiden di kuil tersebut tiada unsur perkauman, Waytha menuduh polis menipu. Sehabis baik api perkauman cuba dipadam, menteri dan exco pula bikin kacau dan seorang anggota bomba akhirnya menjadi mangsa.
Keempat: Kenapa ramai sangat pemimpin Pakatan Harapan, khususnya yang bertaraf menteri, sangat gemar mengganggu portfolio kementerian lain?
FB Korek Korek - https://www.facebook.com/2263676617295172/posts/2344635085865991?sfns=mo
#sirazri